
KUALA TERENGGANU, 22 September — Sebanyak 10 ekor burung Murai Batu dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam serbuan menerusi Op Khazanah di sebuah rumah di Kampung Paya Resak, Batu Payung, Marang pada Ahad lalu.
- Seorang lelaki tempatan, 36, ditahan kira-kira pukul 11 malam selepas pemeriksaan mendapati 10 sangkar berisi burung.
- Nilai 10 burung dianggarkan RM350,000 manakala 10 sangkar RM500; jumlah nilai rampasan RM350,500.
- Suspek mengaku memperoleh burung daripada penduduk tempatan dan kedai haiwan peliharaan haram serta turut menjualnya; kes disiasat mengikut Seksyen 60(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan kira-kira pukul 11 malam.
“Hasil pemeriksaan di dalam rumah suspek menemukan 10 buah sangkar bersama 10 ekor burung Murai Batu,” katanya.

Beliau berkata, nilai 10 ekor burung berkenaan dianggarkan RM350,000, manakala 10 sangkar bernilai RM500, menjadikan keseluruhan nilai rampasan RM350,500.
Suspek dipercayai mengaku memiliki kesemua burung berkenaan yang diperoleh daripada orang tempatan di Terengganu serta kedai haiwan peliharaan yang menjualnya secara haram.
“Suspek bukan sahaja membeli burung berkenaan daripada pihak lain, malah turut menjualnya kepada orang lain sekiranya mendapat persetujuan harga,” katanya.
Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 60(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.