fb fb fb fb fb

Polis Johor tahan pemuda miliki dadah lebih 809 gram

FOTO PDRM

JOHOR BAHRU, 19 November- Seorang lelaki berusia lingkungan 23 tahun ditahan kerana dipercayai memiliki dadah seberat lebih 809 gram bernilai RM10,837 di Taman Century, Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis, Raub Selamat berkata, pihaknya menahan suspek di kawasan berkenaan kira-kira pukul 5.00 pagi selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan polis menjumpai sepaket plastik berwarna-warni mengandungi serbuk ekstasi dengan berat 799.78 gram serta ketamin 9.24 gram.

Sebuah kenderaan bernilai RM50,000 turut dirampas polis.

"Hasil saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin.

"Suspek juga mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952/2022," katanya dalam kenyataan.

Raub berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 23 November mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SITI AISHAH BINTI MD ISA