fb fb fb fb fb

Pihak polis, ECRL tubuh jawatankuasa khas, bendung curi kabel

Foto hiasan

KUANTAN, 1 Julai- Satu jawatankuasa khas antara polis dan pihak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditubuhkan bagi menangani kes kecurian kabel di sepanjang laluan itu di Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, perbincangan telah dilakukan beberapa kali dan terbaharu pada 4 Julai ini.

Menerusi perbincangan tersebut, polis telah mencadangkan agar kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan yang berisiko tinggi di sepanjang laluan ECRL.

"Kita telah mencadangkan beberapa perkara langkah-langkah diambil, kita boleh mencadangkan supaya pemasangan CCTV di kawasan tersebut.

"Dengan pemasangan itu, tindakan boleh dikenakan kepada individu yang melakukan kegiatan curi kabel. Sekiranya berlaku laporan kecurian, kita berdepan kesukaran untuk membuat siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuantan di Ibupejabat Polis Daerah Kuantan.

Sebelum ini polis memaklumkan menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek ECRL bagi tempoh 1 Januari hingga 22 Jun lalu.

Baru-baru ini juga, pihak Malaysia Rail Link SDM BHD (MRL) menyuarakan kebimbangan terhadap insiden tersebut yang dikhuatiri boleh menjejaskan perancangan dan jadual operasi projek tren itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI