Miliki pelbagai jenis dadah, dua lelaki di Kuching ditahan

Foto Hiasan/Bernama

KUCHING, 7 Mei – Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah dalam dua serbuan berasingan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang pekerja swasta, 35, ditahan di Jalan Badaruddin; ditemui ketamin 31.04g, ganja 3.41g dan 20.23g pil Eramin 5
  • Seorang lelaki 23 tahun di Kampung Sungai Midin ditemukan ganja seberat 39.9g bernilai kira-kira RM927
  • Rampasan pertama dianggarkan RM6,590. Kedua kes disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek pertama ada dua rekod

Ketua Polis Daerah, Alexson Naga Chabu berkata, dalam serbuan pertama, seorang pekerja swasta berusia 35 tahun ditahan di Jalan Badaruddin.

Hasil pemeriksaan menemui tiga jenis dadah iaitu ketamin seberat 31.04 gram, ganja 3.41 gram dan pil Eramin 5 seberat 20.23 gram.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM6,590.

Menurut beliau, suspek turut mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Dalam serbuan berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di Kampung Sungai Midin.

Hasil pemeriksaan pada suspek menemukan ganja seberat 39.9 gram dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM927

Kedua- dua kes turut disiasat di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.