fb fb fb fb fb

Lelaki didakwa amang seksual fizikal kanak-kanak 9 tahun

Leang Win Son, 32 dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU, 24 September – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Kulai, pada 14 September lalu.

Tertuduh, Leang Win Son, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Madihah Zainol selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja bersama ibunya didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa di dalam sebuah tandas kedai kopi di Kulai.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin.

Manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Zafirah Norizan.

GRACE AISYAH KEDAYAN