fb fb fb fb fb

Langgar syarat sah lesen, nelayan Myanmar ditahan bersama 2,300 kg hasil laut

Foto FB maritimmalaysia

KUANTAN, 3 Oktober-Lima nelayan warga Myanmar ditahan manakala 2,300 kilogram hasil laut turut dirampas di kedudukan 1.2 batu nautika dari tenggara perairan Kuala Tembeling, Jerantut, kira-kira pukul 9 pagi semalam (Rabu).

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata ketika pihaknya mengesan sebuah vesel nelayan dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan lanjut, vesel itu disyaki melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah iaitu menggajikan pekerja warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia.

Kes turut disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sewaktu pemeriksaan dilakukan.

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 28 hingga 40 tahun telah diiring masuk ke Jeti Pernepa Kuantan Slipway bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Mazlan turut mengingatkan komuniti maritim terutamanya nelayan di perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti jenayah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD