fb fb fb fb fb

Lakukan amang seksual terhadap anak kandung, pengawal keselamatan dihadapkan ke mahkamah

Foto hiasan

MUAR, 3 April- Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar, hari ini atas tiga pertuduhan amang seksual terhadap anak perempuannya, antara April tahun lalu, hingga Mac tahun ini.

Bagaimanapun tertuduh berusia 58 tahun itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyentuh dada dan mencium mulut, anak perempuan keduanya berusia 14 tahun, bagi maksud seksual. 

Perbuatan itu dilakukan di dua alamat berasingan di Rumah Pangsa Emas, Jalan Arab, Muar dan sekitar tempat letak motosikal kediaman berkenaan, antara 24 April tahun lepas, sehingga 16 Mac lalu. 

Pendakwaan terhadap bapa kepada tiga anak itu dibuat mengikut Seksyen 16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes, dan tiada jaminan dibenarkan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Daniel Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI