fb fb fb fb fb

JKDM Pulau Pinang gagalkan 240 kes seludup setakat Ogos

engarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) Pulau Pinang, Datuk Roselan Ramli (empat dari kanan), bersama pegawainya, menunjukkan minuman keras yang tidak berkastam yang dirampas dalam dua serbuan di gudang di kawasan Bukit Tengah, Bukit Mertajam, dan Pelabuhan Klang/Foto BERNAMA

BUTTERWORTH, 27 September - 240 kes penyeludupan dan cubaan menyeleweng duti kastam berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu melibatkan rampasan berjumlah lebih RM28 juta termasuk cukai.

Menurut Pengarahnya Datuk Roselan Ramli rampasan tertinggi membabitkan rokok dengan 107 kes bernilai bernilai RM2.7 juta melibatkan jumlah cukai RM9.28 juta.

"Ia disusuli rampasan minuman keras (81 kes) dengan nilai RM1.739 juta dan cukai sebanyak RM6.64 juta.

“JKDM Pulau Pinang juga memperoleh empat kes dadah bernilai RM1.013 juta,” katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal di sini hari ini.

Tambahnya, 39 kes kenderaan berjaya dikesan melibatkan nilai RM1.664 juta serta cukai RM2.56 juta selain empat kes mata wang bernilai RM473,971.69.

"Bagi lain-lain kes seperti tembakau dan minuman bergula pula melibatkan nilai RM1.68 juta, dengan cukai RM704,992.73," ujarnya.

Trainee2