
TEHRAN, 14 Julai – Iran menegaskan bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai sebarang hak untuk menentukan masa depan Selat Hormuz, selain tidak akan membenarkan campur tangan AS di laluan perkapalan strategik tersebut.
- Abbas Araqchi menegaskan Tehran kekal sebagai penjaga Selat Hormuz dan akan mempertahankan peranan tersebut.
- Araqchi mengumumkan kenyataan itu melalui hantaran di platform X pada Isnin.
- Beliau mengulas cadangan Presiden AS mengenakan caj 20 peratus ke atas semua kargo melalui Selat Hormuz.
- Araqchi menyifatkan caj 20 peratus terlalu tinggi dan berikrar Iran akan bertindak adil.
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata, Tehran kekal sebagai penjaga Selat Hormuz dan akan terus mempertahankan peranannya.
“Iran adalah penjaga Selat Hormuz dan akan kekal begitu selama-lamanya,” katanya menerusi hantaran di platform X pada Isnin.
Mengulas mengenai kenyataan Presiden AS, Donald Trump yang mahu mengenakan caj sebanyak 20 peratus ke atas semua kargo yang melalui Selat Hormuz, Araqchi menyifatkan jumlah caj tersebut terlalu tinggi dan berikrar pihaknya akan berlaku adil.
“Caj sebanyak 20 peratus terlalu tinggi. Kami akan bersikap adil,” katanya lagi.