AS sambung sekatan maritim ke atas Iran bermula Selasa

Foto fail / RTM

WASHINGTON, 14 Julai – Amerika Syarikat (AS) akan menyambung semula sekatan terhadap trafik maritim bagi pergerakan keluar dan masuk dari pelabuhan Iran bermula Selasa, pukul 8 malam waktu tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • CENTCOM menyatakan akan menyambung semula sekatan maritim ke atas Iran seperti pelaksanaan 13 April hingga 18 Jun 2026.
  • Semasa pelaksanaan terdahulu, pasukan AS mengalihkan lebih 140 kapal, memintas sembilan kapal tidak patuh, dan membenarkan 50+ kapal bantuan kemanusiaan.
  • Presiden Donald Trump mengumumkan pengembalian sekatan laut di Selat Hormuz dan caj 20 peratus ke atas semua kargo melalui laluan itu.

Menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), langkah tersebut akan dikuatkuasakan seperti mana yang telah dilaksanakan pada pelaksanaan sebelum ini.

“CENTCOM akan menyambung semula sekatan maritim ke atas Iran seperti pelaksanaan bagi tempoh 13 April hingga 18 Jun 2026,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi platform X pada Isnin.

Menurut CENTCOM, sepanjang tempoh pelaksanaan terdahulu, pasukannya telah mengalihkan arah lebih 140 kapal yang mematuhi arahan, memintas sembilan kapal yang tidak mematuhi sekatan, serta membenarkan lebih 50 kapal komersial yang membawa bantuan kemanusiaan untuk terus berlayar.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump menerusi hantaran media sosial mengumumkan Washington akan mengembalikan sekatan laut ke atas Iran di Selat Hormuz, serta mengenakan caj sebanyak 20 peratus ke atas semua kargo yang melalui laluan perkapalan strategik tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.