Konflik AS-Iran: PBB gesa pihak terlibat segera hentikan serangan

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric

NEW YORK, 14 Julai – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa semua pihak terlibat untuk segera meredakan ketegangan di rantau Teluk susulan serangan terbaharu ketika ini, selain memberi amaran konflik berskala besar akan membawa kesan buruk kepada keamanan dunia dan ekonomi global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Guterres nyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketegangan, termasuk serangan balas antara Iran dan AS di Selat Hormuz.
  • Semua serangan mesti dihentikan; beliau menggesa kawalan diri maksimum dan langkah segera untuk meredakan ketegangan.
  • PBB tekankan kepentingan memulihkan kebebasan pelayaran penuh di Selat Hormuz, laluan penting perkapalan dan penghantaran minyak.
  • Guterres menggesa Iran dan AS menyambung semula rundingan diplomatik dengan segera bagi menyelesaikan isu berbangkit.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata, Antonio Guterres menzahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap peningkatan ketegangan di rantau itu, yang melibatkan serangan balas antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz dan sasaran negara jiran.

“Semua serangan ini mesti dihentikan. Setiausaha Agung PBB menggesa semua pihak supaya menunjukkan tahap kawalan diri yang maksimum, mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan keadaan dan segera mengambil langkah untuk meredakan ketegangan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PBB.

Beliau turut menegaskan kepentingan memulihkan sepenuhnya kebebasan pelayaran di Selat Hormuz, yang menjadi antara laluan perkapalan dan penghantaran minyak paling penting di dunia.

Mengulas cadangan Presiden AS, Donald Trump untuk mengenakan bayaran 20 peratus ke atas semua kargo yang melalui Selat Hormuz, Dujarric berkata pendirian PBB kekal tidak berubah.

“Setiausaha Agung PBB mahu melihat kebebasan pelayaran di Selat Hormuz, dan itulah pendirian yang kami tegaskan semalam,” katanya.

Selain itu, Guterres menggesa Iran dan AS untuk menyambung semula rundingan diplomatik dengan segera bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit dan mengelakkan konflik terus memuncak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.