AS kuat kuasa sekatan ke atas Iran, caj 20 peratus semua kargo lalui Selat Hormuz

Foto REUTERS

WASHINGTON, 14 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin mengumumkan Washington akan menguatkuasakan semula sekatan ke atas Iran, selain mencadangkan caj sebanyak 20 peratus dikenakan ke atas semua kargo yang melalui Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Selat Hormuz akan terus dibuka sama ada dengan atau tanpa Iran, menurut Trump.
  • AS akan dikenali sebagai penjaga Selat Hormuz dan akan mengenakan bayaran untuk perlindungan laluan.
  • Pelaksanaan serta-merta; sekatan terhadap Iran dinamakan menghalang kapal atau pelanggan Iran daripada memasuki atau meninggalkan kawasan itu.

Trump menerusi hantaran di Truth Social berkata, caj sebanyak 20 peratus tersebut sebagai balasan kepada perlindungan keselamatan yang diberikan AS di laluan perairan strategik tersebut.

“Selat Hormuz dibuka dan akan terus dibuka sama ada dengan atau tanpa Iran.

“Kami akan menguatkuasakan semula sekatan ke atas Iran yang dinamakan sedemikian kerana ia hanya menghalang kapal Iran atau pelanggan Iran daripada memasuki atau meninggalkan kawasan itu,” katanya.

Jelas Trump lagi, semua negara lain akan terus menikmati penggunaan Selat Hormuz secara bebas dan terbuka.

“Mulai saat ini, AS akan dikenali sebagai penjaga Selat Hormuz.

“Namun demi keadilan, AS akan dibayar balik pada kadar 20 peratus ke atas semua kargo yang dihantar bagi menampung semua kos yang diperlukan untuk menyediakan keselamatan di kawasan dunia yang amat tidak menentu ini,” jelasnya lagi.

Beliau turut memberitahu pelaksanaan langkah itu akan bermula serta-merta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.