fb fb fb fb fb

Israel lancar serangan baharu, bunuh sekurang-kurangnya 70 orang - Hamas

(FOTO FAIL AFP)

SEMENANJUNG GAZA, 23 Oktober - Serangan Israel ke atas Gaza pada Isnin telah mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang.

Menurut pegawai Hamas, setakat ini kira-kira 320 serangan telah disasarkan di kawasan enklaf dalam masa 24 jam.

Pejabat media Hamas dalam satu kenyataan memaklumkan lebih 60 orang terbunuh dalam serangan tentera Israel pada waktu malam.

Tambah pejabat media, jumlah itu termasuk 17 yang terbunuh dalam satu serangan di sebuah rumah di Jabaliya utara Gaza.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, pejabat media itu berkata seramai 10 orang lagi terbunuh dalam serangan baharu pada pagi Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 70 orang.

Siri pengeboman selama dua minggu itu telah mengorbankan lebih 4,650 rakyat Palestin, terutamanya orang awam termasuk sekurang-kurangnya 1,873 kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza.-AFP

 

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN