fb fb fb fb fb

12 syarikat berkaitan GISBH dikompaun - Armizan

Armizan Mohd Ali / Foto RTM

PETALING JAYA, 26 September- Sebanyak 12 syarikat berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dikenakan kompaun keseluruhan bernilai RM4.4 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, ia berikutan kegagalan menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan masing-masing.

Kompaun dikeluarkan baru-baru ini susulan siasatan dibuat SSM yang mendapati semua syarikat terbabit tidak mematuhi tanggungjawab berkenaan.

"Dapatan kita setakat ini terdapat 17 syarikat yang didaftar atas nama GISBH..itu pendaftaran GISBH.. daripada segi link rangkaian entiti perniagaan gunakan GISBH atau Ikhwan setakat ini mencecah hingga 201 entiti atau jenis perniagaan yang terkait," katanya selepas majlis perasmian TikTok Shop Seller Summit 2024 di sini.

Tambahnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertanggungjawab membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada segi perundangan dan ketidakpatuhan terhadap akta berkaitan oleh rangkaian perniagaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM