fb fb fb fb fb

Tempoh reman 24 individu terlibat GISBH, disambung empat hari

Foto RTM

SHAH ALAM, 25 September - Tempoh tahanan reman 24 individu termasuk Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, disambung empat hari lagi.

Lanjutan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali selepas permohonan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan eksploitasi dan pemerdagangan kanak-kanak.

Kesemua individu yang direman berusia 25 hingga 65 tahun dan merupakan barisan kepimpinan pengurusan syarikat berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 32 (a) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022; kerana disyaki terlibat dengan aktiviti eksploitasi agama dan kanak-kanak.

BERITA BERKAITAN

 

Trainee