fb fb fb fb fb

Empat lelaki ditahan curi kabel di Taiping

Kesemua suspek direman tiga hari sehingga 17 November bagi membantu siasatan/Foto Polis

TAIPING, 15 November – Empat lelaki ditahan reman tiga hari disyaki cuba mencuri kabel di Jalan Kamunting–Batu Kurau, berhampiran Kolej Vokasional Taiping awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohamad Nasir Ismail, kejadian berlaku kira-kira 1.50 pagi selepas sepasukan polis Balai Kamunting yang sedang membuat rondaan cegah jenayah.

"Polis menerima maklumat daripada seorang remaja yang melihat sekumpulan lelaki membuka penutup lubang kabel dalam keadaan mencurigakan.

''Polis bergegas ke lokasi berjaya menahan kesemua suspek ketika mereka sedang membuka penutup lubang kabel di tepi jalan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Turut dirampas peralatan khas termasuk bilah parang, pemutar skru dan sebuah kereta Perodua Myvi yang digunakan kumpulan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek direman tiga hari sehingga 17 November bagi membantu siasatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN