fb fb fb fb fb

GISBH: KKM sedia rawatan kepada kanak-kanak trauma

Foto FB KKM

PUTRAJAYA, 25 September- Kanak-kanak dari rumah amal kendalian Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang menghadapi masalah kesihatan mental dipercayai akibat trauma telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata pihaknya menyediakan rawatan yang diperlukan kepada mereka, termasuk sistem sokongan kesihatan mental.

"Masalah-masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak yang diselamatkan akan diberikan perhatian terperinci.

"Kita kini sedang menjalankan operasi menyelamatkan kanak-kanak tersebut di seluruh negara," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 dan Pelancaran Inisiatif MyMediSAFE di sini hari ini.

Tambahnya, seramai 13 pakar psikologi daripada Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah disediakan oleh KKM bagi merawat kanak-kanak yang diselamatkan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM