fb fb fb fb fb

MCMC diarah siasat akaun media sosial jual dadah

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 25 September - Satu laporan polis telah dibuat berhubung kegiatan penjualan dadah menerusi aplikasi Tiktok. 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata tindakan untuk menurunkan akaun tersebut juga telah dilakukan. 

Beliau turut mengarahkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenal pasti akaun media sosial yang melakukan kegiatan penjualan dadah. 

"Carian pagi tadi menunjukkan tiktok telah mengambil tindakan turunkan akaun itu. Akaun tak boleh diakses di Malaysia dan hilang. Walaubagaimanapun, berdasarkan produk, saya minta MCMC meluaskan siasatan dan carian untuk kenalpasti mana-mana pihak yang mungkin jual dadah seperti ini dalam tiktok dan platform lain." katanya pada sidang media di Putrajaya. 

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kegiatan penjualan dadah menerusi platform Tiktok. 

Trainee