fb fb fb fb fb

Lubang benam di KLIA disyaki berpunca paip kumbahan bocor

Foto facebook KKR

PUTRAJAYA, 25 September - Lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), disyaki berpunca dari kebocoran paip kumbahan.

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan lubang mendap itu dikesan hari ini pukul 10.00 pagi tadi.

KKR menyatakan laluan berkenaan boleh dilalui oleh semua kenderaan, namun Pelan Pengurusan Trafik dilaksanakan oleh Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) di kawasan itu.

Tindakan yang diambil termasuk pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan TMP oleh MAHB.

Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah siasatan selesai.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya dan Roadcare sedia memberikan bantuan sekiranya diperlukan.

Trainee