KOTA BHARU, 25 September- Lebih 1,000 anggota dan pegawai polis Kelantan siap siaga hadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini hingga Mac tahun depan.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Mohd Ali Tamby berkata, pemeriksaan aset logistik juga dijalankan dan bersedia untuk digunakan.
Ia melibatkan 110 pacuan empat roda, 21 van, 41 lori dan 46 unit bot, yang akan digunakan bagi misi menyelamat penduduk terjejas banjir.
Selain itu pihaknya turut memohon helikopter untuk tinjauan udara di kawasan terjejas.
Namun bukan sahaja boleh digunakan di negeri Kelantan, tetapi juga Terengganu dan Pahang.