fb fb fb fb fb

Terengganu perintis laksana program sekolah tanpa tunai

Foto Hiasan

KUALA TERENGGANU, 25 September - Terengganu menjadi negeri perintis bagi pelaksanaan program sekolah tanpa tunai kategori sekolah rendah bermula awal bulan depan.

Sebagai permulaan lima buah sekolah rendah di Kuala Terengganu akan menyediakan kemudahan sistem pembayaran tanpa tunai di kantin dan koperasi sekolah.

Pengarah Pendidikan Terengganu Jelani Sulong berkata, program yang akan dipraktikkan terhadap murid-murid tahap dua itu akan menggunakan alat khas bagi memudahkan urusan pembayaran.

"Jadi dengan tanpa tunai, ini ia lebih selamat daripada segi penggunaan lebih tersusun dan ini juga, jika kita lihat dapat mengurangkan isu-isu yang melibatkan buli dan sebagainya," kata Jelani.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Citra Ilmu di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, di sini.

Jelasnya, pembayaran tanpa tunai di lima sekolah terlibat itu hanya melibatkan kerjasama Bank Simpanan Nasional ke arah memperkasa pendidikan kewangan secara digital.

Secara tidak langsung sistem itu dapat memupuk sifat celik kewangan dalam kalangan murid sekolah.

Jelani memberitahu, kaedah pembayaran secara konvensional masih diguna pakai mengikut keselesaan murid.

TETITIA YUSOFF