KUCHING, 15 November - Malaysia akan mempertingkatkan kemampuan grid kuasanya, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ia bagi menyokong visi pakatan itu dalam menghubungkan jaringan tenaga antara ASEAN.
Kerjasama seperti itu diperlukan untuk mensejahterakan kehidupan di rantau yang didiami 615 juta orang.
"Kita harus mempertingkatkan grid sistem bagi membolehkan tenaga boleh diperbaharui digunakan dalam sistem kuasa kita," katanya.
Katanya kepada media selepas Malam Warisan Budaya Bangsa MADANI Berkhidmat Misi Sukarelawan Siswa, YSS, Asean ke Sarawak di Kampung Matang Batu 10 di sini.
Buat masa ini, empat negara telah mewujudkan jaringan kuasa termasuk Malaysia, Thailand, Singapura dan Laos.
Program sukarelawan selama lima hari di kampung terbabit melibatkan pelajar tempatan dan luar negara.