Wolves malukan The Reds

Para pemain Wolves meraikan gol kemenangan menentang Liverpool/REUTERS

WOLVERHAMPTON, 4 Mac – Wolverhampton Wanderers mencipta sensasi apabila menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris Liverpool 2-1 di Molineux,

RINGKASAN BERITA AI
  • Wolves raih kemenangan kedua berturut-turut ke atas pasukan kelompok lima teratas selepas menumpaskan Liverpool 2-1.
  • Gomes jaring gol pembukaan melalui serangan balas pantas pada minit ke-78.
  • Mohamed Salah samakan kedudukan pada minit ke-83 selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan Wolves.
  • Gol kemenangan Wolves terhasil pada masa kecederaan selepas rembatan Andre terkena Joe Gomez lalu menerjah jaring.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Wolves meraih kemenangan kedua berturut-turut ke atas pasukan kelompok lima teratas.

Pada perlawanan tersebut, Wolves mendahului pada minit ke-78 menerusi serangan balas pantas yang disudahkan Gomes dengan rembatan kaki kanan menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson.

Liverpool kemudian menyamakan kedudukan menerusi Mohamed Salah pada minit ke-83 sekali gus menamatkan kemarau gol.

Salah memanfaatkan hantaran lemah pertahanan Wolves, meluru ke dalam kotak penalti sebelum menyudahkan peluang dengan tenang menewaskan penjaga gol Wolves Jose Sa.

Bagaimanapun, ketika Liverpool berpeluang cerah memenangi perlawanan, Wolves terus mengasak dan memperoleh gol kemenangan pada masa kecederaan.

Percubaan Andre terkena Joe Gomez sebelum menerjah jaring pada minit keempat masa tambahan.

Sementara itu, Pengurus Liverpool, Arne Slot, mengakui kekalahan itu sebagai keputusan yang mengecewakan.

“Ia keputusan yang buruk. Separuh masa pertama jauh daripada baik, separuh masa kedua ada sedikit peningkatan.

Kami cipta peluang tetapi sukar menukarkannya kepada gol.

“Kami kehilangan terlalu banyak perlawanan dan mata.

“Namun kami masih ada sesuatu untuk diperjuangkan pada Jumaat,” katanya merujuk aksi Piala FA pusingan kelima yang turut menemukan kedua-dua pasukan di venue sama.