fb fb fb fb fb

GISBH: Siasatan diperhebat di Sabah, Sarawak

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 September - Siasatan terhadap kegiatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan terus diperhebat di Sabah dan Sarawak.

Ini selepas pelbagai pendedahan serta penemuan jenayah dan kesalahan disyaki dilakukan oleh organisasi itu di Semenanjung Malaysia.

Siasatan Polis Diraja Malaysia mendapati premis yang dikaitkan dengan GISBH di Sabah dan Sarawak, tidak lagi beroperasi.

Namun polis akan terus mengesan individu yang terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain turut mencadangkan agar tindakan geledah serta sita dilakukan terhadap premis terbabit.

Pihak polis akan memberi bantuan sepenuhnya kepada agensi berkaitan melalui undang-undang dan peruntukan sedia ada di Sabah dan Sarawak.

 

ARTIKEL BERKAITAN: 

Trainee