fb fb fb fb fb

SPRM tidak terlibat dalam siasatan GISBH - Azam Baki

Azam Baki

BANGI, 26 September- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak terlibat dalam siasatan terhadap GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) pada masa ini.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki menjelaskan kes itu bukan berkaitan dengan unsur salah guna kuasa, sebaliknya ia di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Saya kekalkan kenyataan saya... SPRM tidak terlibat dalam penyiasatan GISBH ini.

"Ini melibatkan PDRM dan JAKIM kerana isu yang berbangkit adalah mengenai fahaman agama, kanak-kanak, serta pengubahan wang haram. Ini lebih kepada penyiasatan pihak polis... jadi SPRM tidak akan campur tangan," katanya.

Azam ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah kali ke-3 di sini hari ini.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA