fb fb fb fb fb

Kemasukan warga asing, SPRM siasat syarikat warga Bangladesh

Azam Baki / Foto RTM

BANGI, 26 September- Sebuah syarikat milik warga Bangladesh yang beroperasi di Malaysia disyaki membawa masuk pekerja asing tanpa mematuhi peraturan, selain merasuah penguat kuasa, sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

"SPRM sedang mengumpulkan bukti sama ada syarikat tersebut membuat bayaran kepada pihak berkuasa atau tidak.

"Ini merupakan penyiasatan terbaharu, namun yang melibatkan pegawai kerajaan yang kes sebelum ini telah diselesaikan. Kini, kami sedang melengkapkan siasatan," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Anti Rasuah Ke-3 di sini.

Tambah Azam, syarikat tersebut juga tidak mempunyai sistem untuk merekod kemasukan pekerja dari negara asal mereka.

"Syarikat itu bertindak sebagai orang tengah yang membawa pekerja masuk ke Malaysia melalui pelbagai cara, termasuk mendakwa mereka sebagai pelancong, tetapi mereka 'hilang' selepas itu.

"Ini agak sukar dibuktikan kerana untuk mengesan dokumen dan jumlah pekerja yang dibawa masuk amat mencabar, disebabkan ketiadaan sistem," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM