fb fb fb fb fb

Bawa masuk warga asing, 46 pegawai penguat kuasa disyaki terlibat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Ogos-Seramai 46 pegawai penguat kuasa disyaki terlibat sindiket membawa masuk warga asing di KLIA.

Ia susulan Op Pump yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata, menerusi modus operandi 'counter setting', mereka memudahkan kemasukan warga asing terbabit ke negara tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen melalui kaunter tertentu.

"Tindakan bersubahat itu telah menyebabkan warga asing dengan mudah memasuki negara sebagai pelancong sebelum ‘hilang’ dan disyaki bekerja secara tidak sah di negara ini," katanya menerusi kenyataan.

Oleh itu, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi merakam percakapan pegawai penguat kuasa terbabit bagi membantu siasatan.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat tangkapan lain dalam masa terdekat.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM