fb fb fb fb fb

Warga asing guna kaunter khas, penguat kuasa terlibat diburu

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 22 Ogos- Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan operasi sedang dijalankan di KLIA dan KLIA 2 berhubung isu kemasukan warga asing menggunakan laluan kaunter khas.

Beliau menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya kini giat mengesan pegawai penguat kuasa yang terlibat dan tidak menolak berkemungkinan ada tangkapan yang akan dilakukan.

Katanya, bagaimanapun warga asing yang telah mendapat layanan melalui modus operandi 'counter setting' ini telah lepas dan sukar untuk dikesan.

Terdahulu, SPRM melaporkan kegiatan sindiket membawa masuk warga asing seperti Myanmar, Bangladesh, Indonesia serta India melalui pintu masuk negara dipercayai tanpa pemeriksaan pihak berkuasa.

Sindiket berkenaan dipercayai didalangi beberapa penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara dengan menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan menerusi modus operandi 'counter setting'.

ROSLINA BINTI DIN