PUTRAJAYA, 18 September - Dalang utama yang juga seorang pegawai kanan imigresen berpengaruh dalam sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi 'counter setting' akan didakwa di mahkamah, bulan depan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan, suspek berumur awal 40-an yang berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia selama 20 tahun itu telah ditahan pada 5 September lepas selepas meloloskan diri ketika operasi dijalankan.
"Salah seorang yang ditangkap itu dia mengawal lebih kurang 50 pegawai, dia jadi 'focal person' iaitu menjadi perantara hampir semua pegawai imigresen untuk melaksanakan apa yang diarah olehnya," katanya dalam sidang di sini hari ini.
Menurutnya, pembayaran rasuah dilakukan secara tunai oleh dalang utama kepada pegawai imigresen dan juga melalui ejen yang menerima rasuah daripada warga asing.
Tambah beliau, SPRM mempunyai maklumat mengenai seorang warga Bangladesh yang menjalankan perniagaan di sini, dan siasatan lanjut serta tangkapan akan dilakukan sekiranya maklumat yang diperoleh mencukupi.
BERITA BERKAITAN: