fb fb fb fb fb

Kes GISBH: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 18 September- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata PDRM akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan pihaknya.

"Yang ini siasatan kita serahkan kepada polis kerana saya tak nampak isu rasuah di sini, jadi pihak polis akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan SPRM," katanya dalam sidang media di sini.

Pada 11 September lepas, PDRM melancarkan Op Global dengan menyelamatkan 402 kanak-kanak dari 20 rumah perlindungan yang mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM