fb fb fb fb fb

Kes cabul, guru agama mengaku tidak bersalah

Foto Hiasan

PORT DICKSON, 18 September- Seorang guru agama di sebuah pusat pengajian di Port Dickson mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang guru yang sedang menjalani latihan industri di pusat pengajian sama.

Tertuduh, Mohd Hafidz Eshak, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Uthman Abdul Ghani.

Perbuatan itu dilakukan di Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hafidz, Wisma Galilee, Jalan Seremban di Port Dickson.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Fidaus manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Hanif Hassan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Oktober depan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM