fb fb fb fb fb

Melaka bebas pengaruh fahaman GISBH setakat ini

Ab Rauf Yusoh

BUKIT PALAH, 17 September- Kerajaan Negeri Melaka mengesahkan tiada laporan mengenai fahaman pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di negeri itu setakat ini.

Ketua Menterinya, Datuk Seri  berkata pihaknya sentiasa memantau aktiviti semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu dan akan bertindak tegas sekiranya terdapat unsur yang melanggar hukum syarak dan akidah.

"Kami memantau semua aktiviti NGO berdasarkan laporan yang diterima, dan jika ada pelanggaran hukum, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan mufti akan mengeluarkan fatwa.

"Namun, sehingga kini tiada laporan yang diterima di Melaka berbanding negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka di Dataran Pusat Islam, Bukit Palah.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA