fb fb fb fb fb

Datuk, nenek Zayn Rayyan dibebaskan

Fahmi Abd Moin

PETALING JAYA, 13 Jun- Datuk dan nenek kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Peguam Fahmi Abd Moin mewakili bapa Zayn Rayyan berkata, kedua-dua individu itu masing-masing Zahari Mohd Reba dan Hasni Zakaria dibebaskan selepas ditahan semalam.

"Tepat pukul 2.30 petang, kedua-dua anak guam Zahari Mohd Reba (datuk) dan Hasni Zakaria (nenek) Zayn Rayyan telah pun dilepaskan atas jaminan polis. Mereka tidak apa-apa isu hanya diminta untuk memberikan keterangan kepada polis bagi menyambung keterangan yang diberikan sebelum ini.

"Kami pun diberitahu datuk dan nenek dipanggil IPD Petaling Jaya bagi tujuan lapor diri setiap sebulan sekali. Saya pasti kedua-duanya akan ikut perintah daripada PDRM dan akan sentiasa memberikan kerjasama erat untuk mencari siapakah pembunuh adik Zayn Rayyan," katanya kepada pemberita di pekarangan luar pintu masuk di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI