fb fb fb fb fb

Dakwa PM campur tangan dalam siasatan SPRM, polis akan panggil Bloomberg

Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Cheras antara SACP Ravindar, Singh Sarban Singh dengan ACP Aidil Bolhassan / FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Media antarabangsa, Bloomberg akan di panggil untuk membantu siasatan susulan dakwaan berlaku campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa pihaknya telah menerima laporan yang dibuat SPRM berhubung kenyataan dikeluarkan oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil di media sosial baru-baru ini.

"Kita buka kertas siasatan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Setakat ini kita baru ambil kenyataan daripada pengadu dan juga daripada Isham Jalil serta beberapa individu juga akan dipanggil khususnya daripada pihak Bloomberg," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media selepas Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Cheras antara SACP Ravindar, Singh Sarban Singh dengan ACP Aidil Bolhassan di ibu negara.

Sementara itu, berhubung kes buli membabitkan membabitkan anak penyanyi kumpulan Spider, Tam dan pelakon, Khir Rahman, Datuk Rusdi memaklumkan pihaknya telah membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas menerima 12 laporan polis.

Beliau berkata, polis akan merekod keterangan beberapa pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan.

"Dua kertas siasatan telahpun dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan dikembalikan untuk dikemas kini kerana ada beberapa tindakan yang perlu diambil manakala satu lagi belum dilengkapkan kerana pelajar-pelajar ini akan ada peperiksaan percubaan untuk SPM.

"Jadi, kita tidak mahu mengganggu dan pihak sekolah juga memohon supaya kita tangguhkan proses untuk mengambil keterangan dan dijangkakan keterangan mereka akan diambil pada pada hujung minggu ini," katanya.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati seorang warden asrama turut terbabit dalam kes buli berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE