fb fb fb fb fb

Cecair vape berisi dadah bernilai lebih RM5 juta dirampas

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 13 Jun - Polis menumpaskan sindiket penjualan cecair rokok elektronik (vape) disyaki mengandungi dadah bernilai lebih RM5 juta menerusi serbuan berasingan di sekitar Klang dan Sungai Buloh pada Selasa dan Rabu lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata 12 individu ditahan termasuk dua lelaki tempatan dan 10 warga asing berusia 21 hingga 38 tahun.

"Sebanyak 663 kartrij berisi cecair vape disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine, amfetamine dan ketamine dirampas," katanya pada sidang media hari ini," katanya.

Turut disita dua kenderaan mewah, barangan kemas dan wang tunai. Nilai keseluruhan rampasan mencecah hampir RM100,000.

“Polis turut menyita seutas rantai dipercayai emas bernilai RM3,200, tiga bentuk cincin (RM3,500), sebuah kereta anggaran (RM45,000) dan wang tunai (RM7,200),” jelas beliau lagi.

Kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan negatif dadah

Suspek direman lima hingga tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis kini sedang giat mengesan seorang lagi warga asing yang dipercayai menjadi dalang dalam pemprosesan dadah untuk pasaran tempatan dan negara jiran.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI