Piala Dunia 2026: Belgium, Mesir terikat 1-1

Brandon Mechele (kiri) diasak Hamza Abdelkarim dalam perlawanan Belgium menentang Mesir di Seattle/Foto REUTERS

SEATTLE, 16 Jun – Belgium dan Mesir terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas seri 1-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan G Piala Dunia 2026 di Stadium Seattle awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesir membuka jaringan melalui Emam Ashour pada minit ke-20 hasil umpanan Mohamed Salah.
  • Mohamed Hany menjaringkan gol sendiri pada minit ke-66, menyamakan kedudukan selepas kekalutan dalam kotak penalti.
  • Romelu Lukaku dimasukkan pada minit ke-66 untuk memperkukuh serangan, namun kedua pasukan terus berusaha tanpa jaringan tambahan.

Mesir terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Emam Ashour pada minit ke-20 hasil umpanan Mohamed Salah.

Belgium yang lebih banyak menguasai permainan selepas itu terus mengasak bagi mencari gol penyamaan.

Usaha skuad The Red Devils akhirnya berhasil pada minit ke-66 apabila mereka menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri pemain pertahanan Mesir, Mohamed Hany susulan kekalutan di dalam kotak penalti.

Jurulatih Belgium turut memasukkan penyerang berpengalaman, Romelu Lukaku pada minit yang sama bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan.

Kedua-dua pasukan terus berusaha memburu gol kemenangan, namun keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Belgium dan Mesir masing-masing mengutip satu mata dalam saingan Kumpulan G.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.