fb fb fb fb fb

295 kg barangan kawalan bersubsidi dirampas di Melaka

FOTO FAIL

AYER KEROH, 13 Januari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka merampas 295 kilogram (kg) barang kawalan bersubsidi iaitu gula pasir kasar, gula pasir halus, tepung gandum dan minyak masak paket.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata, barangan itu dirampas di tiga premis perniagaan makanan sekitar Bukit Baru dan Ayer Keroh, semalam. Jumlah sitaan ialah RM1,059.70.

"Siasatan awal mendapati, modus operandi yang digunakan bagi mendapatkan barang kawalan adalah melalui orang tengah dengan harga belian yang lebih tinggi daripada pasaran.

"Ini kerana, premis makanan tidak mempunyai sebarang kebenaran pengawal yang sah untuk memiliki serta membuat pembelian barang kawalan melalui premis runcit," kata Norena dalam kenyataan.

Beliau berkata, ketiga-tiga premis berkenaan disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

TETITIA YUSOFF