PUTRAJAYA, 26 Oktober- Radio Televisyen Malaysia (RTM) unggul apabila menerima 26 anugerah pada kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 sekali gus mendominasi edisi kali ke-36 itu.
11 anugerah diterima dalam kategori televisyen, 14 lagi menerusi anugerah radio dan satu menerusi kategori media baharu. Anugerah itu ialah:
Penyampai Radio Lelaki Terbaik (Kelantan FM, Muhammad Amir Akram) (Retro Malam Minggu)
Penyampai Radio Wanita Terbaik (Johor FM, Shuhada' Balqis Juhali) (Hello Permata)
Pelakon Drama Radio Terbaik (Terengganu FM, Datuk Fauziah Nawi) (Lima Beradik)
Drama Radio Terbaik (Sabah FM, Awang Sri Iskandar) (Sepanduk Ayah)
PSA dan Kapsul Radio Terbaik (Johor FM), Norhaslinda Hassim) (Solidariti Palestin)
Penyampai Radio Terbaik (Traxx FM, Peter Carlos)
Buletin Radio Terbaik (Traxx FM, Karmila Badri) (Berita Inggeris)
Hiburan Radio Terbaik (AiFM, Liang Kim Loong) (Melodi Nostalgia : Tribute P.Ramlee)
Hiburan Muzikal TV Terbaik (TV2, Rashidah Ali) (Pertandingan Akhir Dikir Barat 2022)
Dokumentari Radio Terbaik (Traxx FM, Azrul Izwan Arifin) (Evolving Unity)
Bicarawara Radio Terbaik (Radio Klasik, Rohani Hamdan) (Nostalgia D'Klasik: Datuk Rosnani Jamil)
Skrip Drama Radio Terbaik (Selangor FM, Noor Idlah Abdul Halim) (Rumah Merdeka)
Pelakon Pembantu Drama Radio Terbaik (Terengganu FM, Beto Kusyairi) (Lima Beradik)
Tatarias TV Terbaik (TV1, Azham Azli Yaacob) (Pasir Puteh Mantanani)
Penyampai Berita TV Terbaik (TV1, Hazel Desmond) (Berita Perdana)
Pelakon Komedi TV Terbaik (TV1, Aishah Azman) (Jodoh Ayahku)
Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik (TV1, Abdul Hadi Abdul Rahim) (Malam Penutup Majlis Tilawah &Menghafaz Al-Quran Antarabangsa 2023)
Penataan Chaya TV Terbaik (TV1, Ruddy Amrizal) ( Pasir Puteh Mantanani)
Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik (TV Okey, Sobri Anuar) (Bahalol)
Pelakon Wanita Drama TV Terbaik (TV Okey, Liza Othman) (Bahalol)
Montaj TV Terbaik (Berita RTM, Arif Abdul Rahman) (Salam Baitullah 2023)
Rancangan Sukan TV Terbaik (TV Okey, Fariz Zulkepley) (Jom Dive, episod 1)
Kandungan Video Terbaik (Media Baharu RTM, Farihah Abdullah) ( Eyo Hock Seng: Legasi Seni Wayang Kulit Kelantan)
Pengimbangan Audio Radio Terbaik (Negeri FM, Mohd Faizal Mohd Amin) (Majlis Penutup Program Aspirasi Hari Malaysia)
Liputan Berita Radio Terbaik (Keningau FM, Dullis Saimon) (Pemasangan Peranti Starlink)
Ke semua pemenang masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta sebuah trofi.
Sementara itu Drama TV Terbaik menjadi milik Azrai Fahmi (Bahalol) membawa wang tunai RM5,000 bersama-sama trofi serta Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM200,000.
Manakala Anugerah Khas Juri menjadi milik Saeim Mohammad (TVS) (Aroma Puncak Borneo) membawa wang tunai RM8,000 dan barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000.
Anugerah Tokoh Seri Angkasa bagi ASA 2024 pula menjadi milik Pengarah Othman Hafsham yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, sebuah trofi, barang kemas daripada Habib Jewels bernilai RM30,000 dan membawa sebuah kereta Proton S70 yang ditaja DRB-HICOM.
Othman Hafsham
Uniknya kali ini pengacara Sahrizan Borhan dan Nana Mahazan turut ditemani pengacara AI (kecerdasan buatan) bernama Ai Van.
Sementara itu, antara penyampai anugerah pada ASA 2024 ialah Amber Chia, Sangeeta, Fattah Amin, Bella Astillah, Tony Eusoff, Diana Danielle, Jalil Hamid, Bell Ngasri, Amira Othman, Faizal Hussein, AR Badul dan Nabila Razali.
Bintang yang membuat persembahan pada ASA 2024 ialah Liza Aziz, Ziana Zain, Zamani, Ernie Zakrie, Aina Abdul, Amir Masdi, Aisha Retno dan Roxy Ixzy (Juara Bintang RTM 2024). Semua persembahan diiringi pasukan Orkestra RTM diketuai Lokman Aziz.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan barisan penaja terdiri daripada Habib Jewels Sdn Bhd, DRB-HICOM Berhad, Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional berhad (TNB) serta Roadcare (M) sdn Bhd.
Anugerah dwitahunan itu menunjukkan peningkatan penyertaan kira-kira 17 peratus tahun ini berbanding 2022.
Bertemakan 'Kilauan Prestij Citra Kegemilangan', ASA 2024 menerima 1,860 penyertaan menerusi 60 kategori yang dipertandingkan dengan dua kategori tambahan.
Ia melibatkan 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat kategori media baharu.
ASA 2024 anjuran Kementerian Komunikasi merupakan platform untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri kreatif penyiaran, mempromosi karya-karya kreatif sekali gus memperkukuh pemain industri kreatif negara.
BERITA BERKAITAN: