fb fb fb fb fb

Erra bakal keluarkan dua single baharu

Foto FB Erra Fazira

KUALA LUMPUR, 17 November- Penyanyi yang popular dengan lagu "Yang Terindah Hanya Sementara" Erra Fazira bakal melunaskan hutangnya dengan beberapa komposer untuk single terbarunya.

Menurut Erra, beliau masih mengekalkan genre balada dalam single yang akan ditampilkan untuk peminatnya .

"Saya kini banyak mempunyai masa lapang.

"Sekarang baharu sahaja selesai dengan stesen radio.

"Inysa-Allah, sekiranya ada peluang, saya berhutang beberapa single yang telah dijanjikan dengan beberapa komposer, jadi saya akan masuk studio baliklah," katanya kepada pemberita di sini.

Erra sekarang menunggu masa untuk masuk ke studio rakaman bagi dua lagu single terbarunya yang lirik ditulis oleh Datuk Habsah Hassan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM