YDP Agong berangkat pulang selepas akhiri lawatan khas ke Moscow

Foto ISTANA NEGARA

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air selepas mengakhiri lawatan khas di Moscow, Rusia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Vnukovo-2, Moscow pada 3.30 petang waktu tempatan, Ahad.
  • Seri Paduka Baginda tiba di Moscow pada Rabu atas undangan khas sebagai tetamu kehormat sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan.
  • Undangan khas Presiden Vladimir V Putin mencerminkan pengiktirafan tertinggi kerajaan Rusia terhadap Malaysia.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow pada 3.30 petang waktu tempatan Rusia, pada Ahad.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Moscow pada Rabu lepas atas undangan khas kerajaan Rusia sebagai tetamu kehormat sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan yang berlangsung pada Sabtu.

Undangan khas daripada Presiden Rusia Vladimir V Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi kerajaan Rusia terhadap Malaysia.