
ZURICH, 6 Mei – Seorang bekas penumpang kapal persiaran yang diserang wabak hantavirus yang boleh membawa maut sedang dirawat di hospital Zurich, kata pihak berkuasa Switzerland pada Rabu.
- Kementerian Kesihatan Switzerland mengesahkan seorang pesakit diuji positif hantavirus di Switzerland.
- WHO kaitkan beberapa kes dengan kapal MV Hondius, termasuk tiga disahkan dan satu kematian.
- Virus biasanya merebak daripada tikus dijangkiti melalui air kencing, najis dan air liur.
- Pihak berkuasa menyiasat kontak pesakit dan WHO bekerjasama memberi maklumat serta sokongan kepada penumpang dan kru.
“Seorang telah diuji positif untuk hantavirus di Switzerland,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Switzerland.
Lelaki itu dirawat di Hospital Universiti Zurich (USZ) dan kementerian berkata hospital itu bersedia untuk menangani kes sedemikian, mampu menjaga pesakit dan menjamin keselamatan kakitangan dan semua pesakit,” katanya.
“Pada masa ini tiada risiko kepada orang ramai di Switzerland,” jelasnya.
Menurut kenyataan itu, lelaki itu kembali dari perjalanan ke Amerika Selatan bersama isterinya pada akhir bulan lalu dan selepas melakukan perjalanan dengan kapal persiaran yang terdapat beberapa kes hantavirus.
Kapal persiaran MV Hondius berada di perairan antarabangsa sejak Sabtu, apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dimaklumkan bahawa tiga penumpang telah meninggal dunia yang disyaki diakibatkan hantavirus.
Virus yang jarang berlaku biasanya merebak daripada tikus yang dijangkiti melalui air kencing, najis dan air liur.
Kapal berbendera Belanda itu berlayar dari Ushuaia di Argentina pada 1 April dan telah berlabuh di Cape Verde sejak Ahad.
“Pelayaran itu membawa 88 penumpang dan 59 anak kapal, dengan 23 warganegara di atas kapal,” kata WHO.
Dengan pesakit di Zurich, WHO berkata kini terdapat tiga kes hantavirus yang disahkan dikaitkan dengan kapal tersebut termasuk satu daripada kematian dan seorang penumpang Britain dalam rawatan rapi di Johannesburg serta lima kes yang disyaki.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu berkata pada platform ‘X’ bahawa lelaki itu telah membalas e-mel daripada pengendali kapal (Oceanwide Expeditions) yang memaklumkan penumpang berkait insiden itu da telah dihantar ke hospital di Zurich.
Kementerian Switzerland tidak menyatakan tarikh lelaki yang dirawat di Zurich telah meninggalkan kapal berkenaan.
“Dia mendapat simptom selepas pulang dan kemudian pergi ke USZ untuk penilaian lanjut.
Ujian yang dijalankan oleh Hospital Universiti Geneva (HUG) mendedahkan dia menghidap hantavirus,” katanya.
Kementerian Switzerland menegaskan bahawa penularan ‘strain’ yang ditemui di Amerika Selatan hanya berlaku melalui hubungan intim.
Pihak berkuasa wilayah sedang menyiasat sama ada pesakit itu bersentuhan dengan orang lain semasa tempoh berjangkit,” tambahnya.
Sementara itu, WHO menyatakan akan terus bekerjasama dengan negara terbabut untuk memastikan pesakit, kenalan, penumpang dan anak kapal mendapat maklumat termasuk sokongan yang mereka perlukan untuk kekal selamat dan mencegah penularan.-AFP