
QUITO, 7 Jun – Sekurang-kurangnya 35 bot nelayan musnah manakala dua individu cedera dalam kebakaran besar yang berlaku di sebuah jeti di barat Ecuador.
- Polis menolak kebakaran berpunca daripada serangan kumpulan jenayah.
- Siasatan awal menunjukkan kerja kimpalan pada sebuah bot dipercayai mencetuskan kebakaran.
- Ketua Bomba Manta berkata kedudukan bot yang ditambat rapat menyebabkan api merebak pantas.
- Bot diperbuat daripada gentian kaca dan kayu mudah terbakar; siasatan lanjut dijalankan untuk kenal pasti punca dan kerugian.
Polis menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada serangan kumpulan jenayah.
Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku ketika kerja-kerja kimpalan sedang dijalankan pada sebuah bot.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian.
Ketua Jabatan Bomba Manta, Julio Roca turut mengesahkan pihaknya menerima laporan bahawa kerja kimpalan sedang dilakukan pada salah sebuah bot sebelum kebakaran tercetus.
Menurut beliau, kedudukan bot yang ditambat terlalu rapat antara satu sama lain menyebabkan api merebak dengan cepat.
“Apabila sebuah bot terbakar, maka bot di sebelahnya turut terbakar. Bot-bot ini bukan seperti kapal tuna yang mempunyai badan logam, sebaliknya diperbuat daripada gentian kaca dan kayu yang mudah terbakar,” katanya. – AFP