
KIEV, 23 Ogos – Perancis berjanji akan membekalkan peluru berpandu pintasan baharu kepada Ukraine sususlan peningkatan serangan Rusia yang melonjakkan angka kematian orang awam ke tahap tertinggi.
- Serangan dron Rusia ke pusat beli-belah Kryvyi Rih meragut 16 nyawa dan mencederakan lebih 100 orang.
- Serangan susulan setiap setengah jam disifatkan Presiden Zelenskyy sebagai kejam dan terkutuk.
- PBB melaporkan kadar kematian orang awam tahun ini melonjak ke paras tertinggi sejak konflik bermula empat setengah tahun lalu.
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengesahkan komitmen tersebut susulan siri serangan terbaharu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa dalam tempoh 24 jam lalu.
Tujuh daripadanya terbunuh di Ukraine, empat di Rusia dan dua di wilayah Crimea yang dikuasai Rusia.
Di pusat beli-belah Kryvyi Rig, pasukan penyelamat masih membersihkan runtuhan bangunan selepas serangan dron Rusia meragut 16 nyawa dan mencederakan lebih 100 orang.
Serangan susulan setiap setengah jam tersebut disifatkan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy sebagai kejam dan terkutuk.
Dalam pada itu, pihak Ukraine bertindak balas dengan melakukan serangan dron ke atas sebuah rumah hingga mengorbankan dua kanak-kanak dan mencederakan ibu bapa mereka di wilayah Krasnodar, Rusia.
Rusia pula turut melancarkan peluru berpandu balistik ke arah Kiev sewaktu lawatan Menteri Luar Jerman, Johann Wadephul.
Dua terkorban di daerah Boryspil.
Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa serangan itu menyasarkan trak pengangkut dron dan fasiliti tentera di Odesa.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kadar kematian orang awam tahun ini melonjak ke paras tertinggi sejak awal konflik tercetus bermula empat tahun setengah yang lalu.- AFP