15 anggota polis terkorban akibat serangan penyerang bersenjata di Niger

Foto Fail

ABIDJAN, 23 Ogos – Sekurang-kurangnya 15 anggota polis terkorban dalam satu serangan oleh kumpulan bersenjata di barat daya Niger berhampiran sempadan Nigeria dan Benin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan menyasarkan sebuah balai berhampiran Tessa di wilayah Dosso.
  • Penyerang bersenjata dipercayai tiba menaiki motosikal dari negara jiran Nigeria.
  • Mangsa dikebumikan di bandar Dosso; tiada pihak mengaku dan tentera Niger belum keluarkan kenyataan rasmi.

Menurut sumber tempatan, serangan pada Jumaat itu menyasar sebuah balai berhampiran Tessa di wilayah Dosso.

Serangan dipercayai dilakukan oleh penyerang bersenjata yang menaiki motosikal dan bergerak dari negara jiran, Nigeria.

Pihak berkuasa tempatan berkata kesemua mangsa telah selamat dikebumikan di bandar Dosso pada Sabtu.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dan pihak berkuasa tentera Niger belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.