Mesyuarat Menteri Luar di Amman, bincang situasi di Baitulmaqdis

 Foto AFP

AMMAN, 5 Ogos – Ibu negara Jordan, Amman, menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri Luar pada Rabu bagi membincangkan perkembangan terkini di Baitulmaqdis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesyuarat bertujuan menangani dasar dan tindakan Israel yang dianggap tidak sah di Baitulmaqdis.
  • Dihadiri menteri luar negara Arab serta Indonesia, Pakistan, Turkiye dan Malaysia.
  • Ayman Safadi menggesa tindakan antarabangsa tegas; wakil-wakil mengecam usaha mengubah identiti dan menjejaskan status serta demografi Baitulmaqdis.

Menurut agensi berita rasmi Jordan, mesyuarat itu bertujuan menangani dasar dan tindakan Israel yang tidak sah di Baitulmaqdis.

Selain menteri luar negara-negara Arab, mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Luar Indonesia, Pakistan, Turkiye dan Malaysia.

Dalam ucapan pembukaan, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas dan jelas bagi menghentikan pelanggaran Israel di Baitulmaqdis.

Dalam kenyataan bersama, wakil-wakil mesyuarat mengecam tindakan Israel yang didakwa bertujuan mengubah identiti Arab, Islam dan Kristian di Baitulmaqdis, selain menjejaskan status perundangan serta demografinya.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.