Lelaki buat ugutan bunuh Trump di Facebook ditahan

Donald Trump /AFP

NEW YORK, 2 April- Seorang lelaki ditahan disyaki membuat beberapa ugutan membunuh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melalui Facebook.

RINGKASAN BERITA AI
  • Andrew Emerald, 45, didakwa menulis lapan hantaran tahun lalu mengancam mencederakan dan membunuh Trump.
  • Kenyataan Jabatan Kehakiman memetik hantaran: "Sama ada Trump mati menjelang 2026 atau saya akan memburunya dan memastikan perkara itu berlaku."
  • FBI berkata Emerald pada awalnya enggan menyerah ketika serbuan di kediamannya di Massachusetts, kemudian menyerah aman selepas rundingan.
  • Emerald berdepan lapan pertuduhan penghantaran komunikasi ugutan antara negeri, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.

Andrew Emerald, 45, yang merupakan warga tempatan didakwa menulis lapan hantaran tahun lepas yang mengancam untuk mencederakan dan membunuh Trump.

Menurut kenyataan Jabatan Kehakiman AS, antara hantaran itu menyebut — “Sama ada Trump mati menjelang 2026 atau saya akan memburunya dan memastikan perkara itu berlaku.”

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memaklumkan suspek pada awalnya enggan menyerah diri ketika serbuan di kediamannya di Massachusetts, namun akhirnya keluar secara aman selepas rundingan dengan pihak berkuasa.

Suspek kini berdepan lapan pertuduhan menghantar komunikasi ugutan antara negeri yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun. -AFP