
BOGOTA, 24 Mac – Lapan orang maut manakala lebih 80 cedera apabila sebuah pesawat pengangkut tentera terhempas sejurus berlepas di selatan Colombia pada Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
- Pesawat jenis Hercules terhempas selepas berlepas dari Puerto Leguizamo berhampiran sempadan selatan Colombia dengan Ecuador.
- Pesawat membawa 125 penumpang semasa kejadian.
- Gabenor Jhon Gabriel Molina mengumumkan korban menerusi kenyataan video; siasatan sedang dijalankan untuk kenal pasti punca.
Pesawat jenis Hercules itu membawa 125 penumpang ketika terhempas selepas berlepas dari Puerto Leguizamo berhampiran sempadan selatan negara itu dengan Ecuador.
Angka korban diumumkan Gabenor wilayah, Jhon Gabriel Molina menerusi kenyataan video.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas tersebut.-AFP