Israel akui sistem pertahanan gagal pintas peluru berpandu Iran

Israel akui sistem pertahanan David’s Sling gagal memintas peluru berpandu Iran

TEL AVIV, 24 Mac – Israel mengakui sistem pertahanan udaranya gagal memintas dua peluru berpandu balistik Iran yang mengenai selatan negara haram itu pada Sabtu, menyebabkan puluhan orang cedera.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Israel mengesahkan sistem David’s Sling mengalami kegagalan semasa kejadian.
  • Beberapa bangunan dilaporkan rosak di Dimona dan Arad.
  • Kebanyakan kecederaan disebabkan serpihan letupan dan ketika bergegas ke tempat perlindungan.
  • Tentera mendakwa kira-kira 92 peratus daripada lebih 400 peluru berpandu Iran berjaya dipintas sejak konflik bermula.

Tentera Israel mengesahkan sistem David’s Sling mengalami kegagalan dalam kejadian tersebut.

Serangan itu berlaku di bandar Dimona dan Arad, dengan beberapa bangunan dilaporkan rosak.

Pasukan penyelamat memaklumkan kebanyakan mangsa cedera akibat serpihan letupan serta ketika bergegas ke tempat perlindungan.

Tentera Israel menjelaskan sistem David’s Sling digunakan susulan naik taraf terkini bagi mengekalkan stok pemintas sistem Arrow.

Sistem Arrow lazimnya digunakan untuk memintas peluru berpandu balistik jarak jauh, manakala Iron Dome dan Iron Beam digunakan bagi ancaman jarak dekat.

Walaupun berlaku kegagalan itu, tentera rejim mendakwa kira-kira 92 peratus daripada lebih 400 peluru berpandu Iran berjaya dipintas sejak konflik bermula.-AFP