
LONDON, 13 Jun – Sebuah kilang milik komuniti Yahudi berhampiran Golders Green, utara London musnah dalam kebakaran besar yang berlaku pada Khamis malam.
- 25 jentera bomba bersama kira-kira 150 anggota dikerahkan selepas panggilan kecemasan sekitar pukul 9 malam.
- Kebakaran memusnahkan gudang dua tingkat dan menyebabkan kerugian dianggarkan tiga juta pound sterling.
- Kira-kira 70 penduduk berhampiran dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
- Polis kata tiada unsur jenayah dan punca disiasat; insiden berlaku selepas beberapa serangan anti-Semitik di kawasan itu.
Sebanyak 25 jentera bomba bersama kira-kira 150 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 9 malam.
Kebakaran yang memusnahkan gudang dua tingkat itu menyebabkan kerugian dianggarkan tiga juta pound sterling (kira-kira RM17 juta).
Manakala kira-kira 70 penduduk berhampiran dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Polis Metropolitan dan Pasukan Bomba London memaklumkan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Insiden itu berlaku dua bulan selepas empat kenderaan kecemasan milik badan perubatan komuniti Yahudi, Hatzola, dibakar dalam serangan anti-Semitik di Golders Green.
Pada April lalu, dua penganut Yahudi Ortodoks turut menjadi mangsa serangan tikaman yang diklasifikasikan sebagai serangan pengganas di kawasan berkenaan. – VIORY