Thai Airways pecat CEO susulan kelewatan penerbangan

Foto AFP

BANGKOK, 2 Oktober –Thai Airways, memecat Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chai Eamsiril, berkuat kuasa serta-merta pada Jumaat susulan kelewatan penerbangan dan lambakan bagasi akibat banjir, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Pelancongan mengkritik pengendalian syarikat terhadap banjir dan mencadangkan pengurusan meletak jawatan jika gagal.
  • Lebih 5,000 bagasi penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi; syarikat memohon maaf dan berjanji menyelesaikannya.
  • Lapangan terbang menyalahkan masalah pengendalian bagasi kepada kekurangan kakitangan yang sukar hadir kerja akibat banjir.
  • 24 penerbangan dibatalkan; Thai Airways bersedia pulihkan jadual penuh pada Sabtu.

Media tempatan melaporkan, keputusan itu dibuat oleh lembaga pengarah syarikat penerbangan berkenaan selepas Menteri Pelancongan Thailand Surasak Phancharoenworakul mengkritik pengendalian syarikat itu terhadap situasi banjir.

Sebelum ini, Chai Eamsiril memohon maaf bagi pihak syarikat dan berjanji menyelesaikan isu lebih 5,000 bagasi penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok.

Pihak lapangan terbang sebelum ini menyalahkan masalah pengendalian bagasi kepada kesukaran kakitangan untuk hadir bekerja akibat banjir.

Menteri Pelancongan, Surasak Phancharoenworakul turut mencadangkan pihak pengurusan Thai Airways meletakkan jawatan sekiranya gagal menangani kelewatan berkenaan, yang menurutnya menjejaskan reputasi Thailand serta sektor pelancongan negara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Thai Airways memaklumkan sebanyak 24 penerbangan dibatalkan pada Khamis dan Jumaat, namun pihaknya sedang membuat persiapan untuk kembali mengendalikan jadual penerbangan penuh pada Sabtu.

Syarikat itu turut memohon maaf kepada penumpang dan berjanji menambah baik prosedur pengurusan operasi.

Bangkok mengisytiharkan bencana banjir pada hujung minggu lalu selepas hujan berterusan hampir 48 jam, dengan beberapa kawasan bandar itu masih ditenggelami air pada Jumaat.

Banjir di Bangkok meragut empat nyawa, manakala sekurang-kurangnya 24 lagi kematian dilaporkan di seluruh Thailand akibat bencana sama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.